![]() |
|
|
Fomema Labur RM3j Percepat Keputusan Pemeriksaan Pengerusi Fomema, Datuk Dr. Abdul Aziz Mahmood berkata, pelaburan itu akan digunakan untuk membiayai penggunaan Sistem Bersepadu Dalam Talian Baru (NIOS) yang akan membolehkan doktor, makmal dan pusat-pusat kemudahan perubatan panel Fomema saling berurusan secara elektronik. Beliau berkata, sistem berasaskan laman web yang dijangka selesai dilaksanakan pada bulan Oktober ini, akan mengurangkan sehingga 50 peratus masa menunggu majikan, sekali gus memanfaatkan keperluan sumber manusia Malaysia. "Sistem ini membolehkan borang pendaftaran dimuat turun daripada Internet oleh majikan dan seterusnya mendaftar dan menghantarnya secara dalam talian kepada pihak yang berkenaan tanpa melalui agen." katanya
Utusan Malaysia
|
![]()
|
| © 2004 dbix Berhad. All Rights Reserved. |